Wednesday, April 28, 2010

tersebut la KISAHH~~

okay, mari kita mulakan bedtime story. padamkn lampu, tarik selimut siaapsiap..


Di satu bandar, terdapat seorang uncle P bukan nama sebenar. Uncle tersebut mempunyai salah seorang anak bujang F bukan nama sebenar. Anak bujang dia ni dah masuk tahap kena kahwin, kire wajib la. so, dia pun kahwin la dengan kawan kanak kanak dia yg bernama S bukan nama sebenar. 


 ini la isteri dia 

berdasarkan gambar, sudah dapat dilihat betapa garangnya isteri dia nih. So, pada suatu hari, si suami merasakan terlalu tension dan pergi ke sebuah cafe. dan dia melihat seorang wanita sedang makan dan si suami dapat merasakan kepuasan dengan melihat si wanita itu makan. ini telah membuatkn si suami tertawan.


nama wanita itu, D bukan nama sebenar. selepas si suami mengayatayat si wanita dan menjelaskan kedudukan nya yg mampu utk berkahwin dua, si D bukan nama sebenar pun berkahwin.. ini gambar kahwin mereka. 

romantik bukan? siap silangsilang lagi.. HAHA

namun, harapan si suami berkecai lagi apabila si D bukan nama sebenar tidak suka memasak. mereka asyik menaburkan duit di cafecafe dan si isteri pertama, S bukan nama sebenar, hanya reti masak western food. jadi, si suami menginginkan seorang isteri lagi yang reti masak makanan tempatan. oleh itu, jodoh telah datang lagi dengan menemukannya dengan si wanita yang bernama N bukan nama sebenar. 

 ini la si isteri ke3. 

Si suami berfikir dia sudah cukup mempunyai 3 isteri yang mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menyenangkan naluri hati lelakinya. khiohkhiohkhioh Namun, pada tahun 2008, bussiness si keluarga suami F bukan nama sebenar menjadi tidak menentu. Jiran si keluarga suami F, si keluarga T punya bisnes turut tidak menentu namun masih boleh bernafas. oleh itu, si dedua keluarga, P dan T, perlu bergabung utk mengukuhkan bisnes mereka. jadi, si keluarga dedua P dan T menjodohkan si suami F dgn anak dara paling comel yang bernama E bukn nama sbnr. namun, si E berkeras tidak mahu kerana si suami F sudah mempunyai 3 orang isteri dan tambahan si E sudah mempunyai kekasih hati sendiri. tetapi malang tak berbau(emm.. macam tak sesuai la peribahasa nih. HAHA) si kekasih hati si E sudah berlari meninggalkannya dgn membawa kereta kelisanya pergi ke siam utk berkahwin dgn betina lain. HAHA Si E berasa dikhianati dan berpendapat lelaki bujang tidak boleh dipercayai lagi, lalu menerima pernikahan ini walaupun terpaksa dan demi bisnes keluarga kerana si E memang memerlukan wang. HAHA. Lalu jadi la si E sbg isteri si F yang terakhir aka isteri ke4.

kami kahwin paksa. T_T

begitula kisah si jejaka F bukan nama sebenar punya kehidupan yang terlalu mampu dan mempunyai 4 orang isteri. kisah si jejaka telah mengalahkan cerita P.Ramlee, madu tiga. HAHAHA. tetapi keempat4 isterinya sangat berdiplomasi dan sistematik kerana tidak bercakarcakaran malah hidup bahagia.

kami la isteri si suami F bukan nama sebenar.

sila contohi dan jadikan keluarga kami sebagai satu teladan.

oleh kerana si kesemua isteri tidak  melahirkan zuriat, si suami mengambil anak angkat utk menjadi penerus bisnes keluarganya. HAHA.

 si suami bersama si anak yang bernama Q bukan nama sebenar. HAHA

Akhirnya hidup berbahagia la si suami F bersama keempat4 isteri, S,D,N,E bukan nama sebenar dan si kecil Q bukan nama sebenar.


si penulis,
 bernama E bukan nama sebenar aka si isteri ke4 aka si isteri terakhir. 
HAHA.

ucapan penulis,
cerita ini adalah rekaan sematamata tidak ada kaitan dengan nama sebenar dan berharap agar tidak berlaku secara realiti. jika berlaku secara realiti, maka akan terkena la heart attack kpd setiap keluarga si isteri2 tersebut. maka, cerita ini tidak ada kena mengena antara yang masih berlari di muka bumi ini atau yang sudah baring kaku di 5/6 kaki bawah tanah. sekian. oh ya, lagi satu. saya tidak rasa cerita ini sesuai dibacakan kepada bukan sahaja kanak kanak tetapi juga kepada lelaki bujang. jika ramai lelaki bujang yang baca, maka tidak dapat saya gambarkan apa yang terjadi. dan kepada wanita wanita diluar sana, andai ianya terjadi kepada anda, sila terima dengan redha kerana anda akan menerima payung emas di akhirat kelak. Bye! semoga bertemu lagi di cerita yang lain!

6 comments:

bna said...

ngek betul! hahaha.. still, u made me laugh.. haha..

dinie said...

eeeeeeeeekaaaaaaaa
hahahahhahaa
cant stop laughing !!!
wagagagagagagaga !!!!!
isteri ke 2 paling HOT ok??

nurul nazierah rosman said...

haha..
lawak la..
;D

bna said...

isteri first lah hot dini.. wanita PERTAMA yang berjaya menambat hati F bukan nama sebenar.. and bini first dapat sampai 3 payung emas woooww... HAHAHAHA..

makpinat said...

kalau jadi betul-betul nanti jangan bercakaran pulak yer..hiduplah dgn aman dan saling berkasih-sayang..

eeka :) said...

haha.. baek osasah! akan kami pahatkan nasihat itu dalam hati kami. =)