Tuesday, December 7, 2010

smilo.

saya suka milo. sangat sangat sangat.sampai saya boleh ada potensi jadi model milo plak tuh! haha. cuba bayangkan eeka sepak bola masuk gol pastu terlompat lompat tepuk tepuk tangan. HAHA. okay, silakan anda muntah sokarang. silaaaaaaaaaa, saya bagi peluang nih!


------------

salam maal hijrah. dah masuk tahun baru dah ye anak anak semua. harap semoga anak anak semua tidak ketinggalan zaman namun terus hanyut dengan peredaran zaman yang semakin erk.. apa yang saya cuba sampaikan nih? haha..

so, semoga tahun 1432 hijrah nih,

AYAH, akan menjadi kuat dan tabah dalam menghadapi kehidupan seharian. dalam menghadapi boards yang asyek nak buat ayah saya menangis. dalam menghadapi kerja kerja yang tiada penghujungnya. dan juga dalam menghadapi anak ayah yang sorg neh yang comel uh yang asyek banyak kerenah dan asyek menghabiskan duit ayah saja. semoga ayah kuat ye! kalau ayah dah nak lemah lemah tuh, ingat la senyuman anakmu ini okay? uda sayang ayah.

IBU, akan sihat sejahtera aman damai hidupnya. ngehee.. semoga ibu sentiasa sihat. ibu selalu cakap ibu tak kesah kalau ibu miskin ke apa ke tapi ibu harap ibu dapat badan yang sihat. ibu kena la jaga makan minum ibu kay. kalau ibu nak makan benda benda yang tak sepatutnya ibu makan demi menjaga kesejahteraan ibu ibu hendaklah bayangkan muka uda yang membebel ngan ibu yang berdebat itu ini ngan ibu okay? dan semoga ibu berbahagia di samping suami tercinta. jangan la selalu merajuk ngan ayah okay. kesian ayah. wakakaka. semoga ibu bahagia didampingi cucu cucu yang comel mcm uda. ngehee. semoga ibu mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. sobbss sobss. uda sayang ibu. (sedih la bila story pasal ibu. kalau la korang tau betapa banyaknya dosa saya ngn ibu, korang mest dah cakap, "kau nih anak jenis ape ah eeka?" T_T saya harap saya takkan buat ibu nangis. saya nak ibu saya bahagia dey.)


ALONG, semoga along akan senantiasa dinaikkan pangkat then boleh belikan angah blackberry and shut her mouth! and boleh belikan uda, ermmm.. let me think first kay. haha. uda nak yang besar besar mahal mahal.haha.. semoga along akan menjadi suami yang baik macam ayah. semoga along akan menjadi ayah yang baik macam ayah. semoga along akan jadi pemain sepak takraw 'negara' macam ayah. haha. uda malu nak cakap nih, uda sayang along.. auwwww~ haha


ANGAH, semoga angah cepat graduate and buy ur own blackberry! haha.. semoga menjadi dentist yang baik baik. semoga angah dapat menyelamatkan gigi orang di malaysia. dan tak lupa juga gigi eera! WAKAKAKA. semoga angah kahwin dan angah kene sediakan mak andam tok uda gak time angah kawen sbb uda kan pengapit utama angah nnt! semoga angah kuat ye dalam menghadapi ancaman2 di indonesia ituh.  cepat la anda graduate and gaji besar besar and bawak saya tour satu dunia. ngehee.. dan tak lupa juga, tolong la jimat cermat ok dear. aish. semoga angah dapat mengatasi shopaholic itu ye. uda sayang angah. 


EERA, semoga eera tabah duduk dekat umah sana. aish, duduk kat umah pun kene tabah ke? haha semoga eera belajar betul betul dan jadi top student and kalahkan sesiapa yang anda patut kalahkan. dan semoga di tahun baru ni, eera jangan la gatal sangat.. jaga pandangan tuh. aish aish aish. cukup cukup la tengok korea tuh. uda pun dh penat tgk mata sepet. nant time uda mengandung*eww. haha eera jangan buka kbs world ke tunjuk magazine epop tuh ke pasang lagu korea ke sebab uda tamau anak uda mata sepet sepet nih. tak luas pandangan dia nnt. semoga eera akan belajar, main pinano tuh baik baik so boleh main pinano time kawen uda angah nanti, dan tabah dalam mencari kawan sejati. ahaha. semoga bertambah ayu comel macam akak kamu inih! dan dan dan, uda sayang eera... ewwwwww~~ (saya tak percaya saya cakap nih! seriously!)


dan mana saya? 
semoga sayaa ........... biarlah saya dan Allah sahaja tau. =)




YA ALLAH, semoga Kau berkati keluarga ini.
 semoga tetap utuh tidak kira sama ada suka mahupun duka. 
lindungilah keluarga ini daripada ancaman2 luar 
dan semoga kebahagiaan di dunia dan akhirat milik keluarga ini.
Aminn~

SAYA SAYANG KELUARGA SAYA SANGAT LEBIH DARIPADA SAYA SUKA MILO!
can u see it?

salam maal hijrah,
eeka din

p/s: psstt.. betapa matangnya post kali nih kan? oh well... dah kat dah 18 yrs old! wakaakaka.

6 comments:

tHesmUff said...

eka,smart r n3 nie..
salam maal hijrah..

:)

have a nice life eka..
amin..

eeka :) said...

thanks amir.
salam maal hijrah to u too..

Eera ♥ ♥ said...

of course la kau kena sayang aku lebih drpd sayang milo -,- Err perbandingan mendee la kau guna . Menangis ibu ayah kalau aku tayang benda ni, huahuaa . Bukan sebab terharu tapi sbb kau berkilo kilo kau perli hahaha

eeka :) said...

perli ape seh eera? haha...

dinie said...

niceeee =)

eeka :) said...

heeeeee.. =)