Monday, February 14, 2011

25 randoms.

tau takk. akhirnya masa nak melangsaikan hutang tag yang satu nih terlangsai pon.. tahunlepas punya hutang nih.
kesian inche amirtheSMUFF nih. haha. saya buat buat..



1. nama saya alaaa. takkan korang tatau. penipu betul. nur syafeeka tajuddin. berdasarkan gambar di atas sbb tuh la ada nur aka cahaya kat belakang tuh. betapa bersinarnyaaaaaaa. haha maksudnya bukan cahaya tiang jalan ataupu cahaya malap. pfffftt. INI SEMUA EERA punya pasal.

2. umur saya memang dah 18 tahun 2bulan. tamau cakap dh 19 tahun. walaupon dh 18 tahun 2 bulan tapi tetap takmatang lagi. bukannya tak matang sangat tapi keadaan yang membuatkan aku menjadi tak matang. aku ada adik yang lagi besar dari saya. aku ada kawan yang memanjakan saya. ayah selalu cakap, time nih mak ayah akak nenek aku dah kawen dah ada anak pon. aik ayah.. takkan nak suro uda kawen jugak kot. aish.. buat susah2 ayah jek.

3. okay lahir pada 1 DECEMBER 1992 *seee mcm mana nk matang kalau lahir pon dh akhir2 bulan. okay finee. alasan.* lahir kat kampong jek. kat hospital batu pahat, johor. so, secara tak langsungnyaaa aku nih johorian yang sangat sejati.

4. kalau nak cakap sekolahsekolah yang aku dh jelajah mmg penat la tangan  nak type. kat johor tuh cakap negeri mana yang tak pernah duduk. haha. ada jek. mersing smua tuh yang nun jauh jauh hujung negara tuh tak pernah. bukannya pindahpindah sekolah sbb kene tendang kay. biasa la bermigrasi nih. luaskan pengetahuan. baru la banyak kawan. so nanti time kawen banyak la kawan kawan datang dgn bawak hadiah besar besar. wakakaka.. lari tajuk. sekolah rendah pertama kat kota tinggi johor. 

tadaaa.. sekolah saya yang pertama..

then sekolah yang last skali mesti lah sekolah menengah. SMK BANDAR TUN HUSSEIN ONN. aku la pelajar sejati yang tak pernah meninggalkan sekolah demikian dari form one sampai la form 5. haha. padahal tadapat offer sekolah asrama. naseb baik tak continuee form 6. penat la jadik senior yg baek hati sangatnih. haha

sapa pandai cari sayaa. haha
sangat sayang semua mahluk mahluk nih.

5. and ho yeah lepas tadapat terima masuk yang memang tanak masuk pon form 6. aku pon angkut la baldi beg baju gedabak gi PASUM nih. aku dapat asasi alam bina. tanpa apa apa makluman tentang course aku mempertaruhkan nasib ku di sini. follow the flow jek. and ho yeah semoga aku dapat buat degree quantity surveying nnt. and ho yeah juga, tempat baru macam nih la aku dapat kawan kawan baru lagi. dari semua pelusuk negeri aku dah ada kawan. kelantan pon ada. ganuuu ponn. haha. so hipotesisnya, semakin banyakk kawan, semakin banyak jugalah hadiah saya time kawen nnt. ngeeeeheeeeeee =P

antara mahluk mahluk ABIANS.
*maaf. tade gambar yang lagi bagus. tape candid sket*

6. saya nih pendiam orangnya. tolong la percaya. kalau kene letak dengan orang orang yang tak suka bercakap aka tak peramah langsong. mmg aku pon tak bercakap langsong. betul lah saya tak banyak cakap. dalam keluarga tuh, saya la orang yang palingg senyap. saya memang tak banyak cakap.

7. walaupon saya nih tak banyak cakap, tapi saya banyak gelak.. ok yang ini semestinya sangatt trangg tangg TANGG! kalau lepaking lepaking dlu dlu, memang orang buat lawak skit, aku la orang paling gelak hebat. sampai kadang kadang *ok. sebenarnya bukannlah kadangkadang tetapi SELALUNYA* orang gelak sbb tengok aku gelak yang melampau. aku pon tak ingat mcam mana aku boleh dapat bad habit yang gelak terbuka luas open sangat nih.. ermmm.

8. kalau lelaki idaman tuh. tayah cari luar luar negara. senang jek. sudah semestinya FAHRIN AHMAD YANG TERSAYANGGG. auwwwww! selau teringin nak pergi jumpa dia. pastu nak amek gambar dengan dia. pastu nak nyanyi "aku orang kecil, abg fahrin orang besauuuu" wakakaka.. dlu pernah tanya ibu "kalau ibu dapat menantu fahrin ahmad mcam mana?" then ibu cakap " bertuah sangatt la anak ibu." 

9. kalau aku bercinta, memang tak dapat digambarkan. kalau aku bercinta mestilah HARUS WAJIB ibu dan ayah maklum dengan keber'cinta'an aku tuh. aku tamau sorok sorok. nanti buat tambah dosa jek. dulu kisahnya pernah la buat perhubungan cinta monyet jarak jauhhh, PCMJJ nih. alaaa time tuh memang monyet sangat. ibu kalau tau ibu memang buat buat tatau tapi kene la padahnya. then ibu tau la PCMJJ nih. then ada la sorg cikgu tuisyen nih bagi ceramah skit kalau nak bercinta tuh sayang sangat kat 'bopren' tuh cuba pikir mak bapak kte. kalau kte sayanggg mak bapak kte kenapa kte kena tipu mereka. dan adalah lagi kisah2nya. aku memang sensitif banyak kalau sentuh2 pasal mak bapak nih. 

10. sekarang nih, alhamdulillah masih single tapi saya tak rasa sangat sunyi tuh. sbb saya ada kawan kawan. kalau nak mcm sunyi tuh, cepat2 panggil kawan. haha. tapi memandangkan ramai kawan yang dah couple nih, memang tak dapat dielakkan la kesunyian tuh. terima jek la labuuu~ and memang jeles sikit kalau tengok orang gayut2 kat hp tuh. 

11. aku tak reti masak. gila ikhlas aku cakap dari lubuk hati nih. kawan kawan kat um ni mcm terkejut beruk time aku cakap aku tak reti masak. tolong la percaya. nanti cuti lima bulan aku trycubatest belajar masak. aku rasa kalau aku reti masak mcam dah nak kawen sangat. so bagi mengelakkan perasaan gatal sangat nak kawen tuh, aku elakkan la dari memasak. pelik kan? isk isk isk. kesian suami I. haha

12. aku nih suka pendam. sekali pendam memang akan terpendam la. tapi sekali kalau ada orang bikin kacau sama gua, gua pendam jugak. tapi kalau dia buat kacau agak melampauu aku pon luah skit2. tapi secara amnya, memang aku kuat pendam. sampai dlu kawan kawan aku mcam nak gila pikir apa yang aku rahsia sangat.

13. sejak duduk UM yang hanya sekangkang kera jek jauhnya dengan mid tuh, tabiat shopping skit kembali menguasai diri ini. tengok wayang pon apetah lagi. tuh pon sikit2 jek la. kalau ada orang ajak, aku pikir lama lama skit. kalau orang yang tak pernah keluar dengan dia memang tak berani la wa. dah la tak duduk ngn ibu ayah lagi walaupon realitinya almost every weekend balik, tapi wa kene la pandai2 jaga diri wa. tanak la jadi apa2 kat wa. perempuan kene la jaga diri baikbaik. walaupun saya nih nampak HUHAHUHA tapi still pikir semua tuh. 

14. no politic. tak amek tau. sebab th saya cakap saya tak matang lagi. tapi saya tak sabar nak cecah umur yang boleh mengundi tu. haha.

15. walaupun dulu saya nih pengawas, tapi seriusnya saya la pengawas paling baik skit. haha. time nak, pengawas laki dlu dlu sebab selalu lewat datang sebab sapa nak baca doa pagi pagi tau tak susah nak cari pengawas laki sekarang, time marah pun boleh buat suara lembut. auwww. 

16. tak boleh senyum dengan tiba tiba kepada orang yang tak kenal lagi lagi kalau kite suka kat orang yang mcam tada hubungan yang boleh buat kite bercakap. mest tergamam kalau jumpa atau pun buat buat tak suka. padahal dalam hati, aishh. nant balik rumah marahmarah diri sendiri kenapa tak senyum tadi.

17. sukan memang bukan saya. kami takde chemistry. haha. tapi reti la main volleyball. dan badminton tuh wa jaguh wo! selalu lawan ngan along ngan eera ngan ayah gak. mmg gua semput last last. 

18.  dulu time kat sekolah, aku selalu berangan nak jadi datin atauupon puan sri ataupon kalau nak PALENG highclass skali puteri diraja johor. atau pon senang kata kawen ngan putera raja johor. aku aim johor jek. negeri lain tak. haha. kan aku dh cakap aku nih johorian. and plus dulu aku ada kawan yang jadi tan sri palsu aku. haha. dulu satu kelas dah terima dah dengan aku punya angan angan melampau aku nih. tapi kat pasum nih, sobss sobss. maybe sebab aku sorg jek belum cecah kematangan. sobss. 

gaya datin sikit. ngekk!

19. nama blog ni kan gune EEKA DIN. meh cite skit mana dapat eeka din. memang la eeka tuh sbb guna nama saya n din th sebab nama ayah saya, tajuddin. tapi nak cite gak. dlu time amek lesen dgn orang kampung ayah tau. dia tuh entah tau nama aku ke tak. kalau dia call nak set date nak buat latihan ke apa mesti dia cakap "ni anak din eh." sampai satu hari aku jumpa kertas kat dashboard kereta kancil tuh, yang student2 dia yang lain elok jek dia tulis nama budak uh.. tapi sampai part aku jek "anak din" yo la pak chekk. nama saya syafeeka lah.

20. impian? dulu ada orang tanya impian saya. sampai sekarang saya taatau. secara amnya, nak jadi wanita berguna dan berkeluarga. kalau dulu impian awak ape "NAK KAWEN NGAN ANAK RAJA" terserlah ketidakmatangan dan kedesperatean nak kawen anak raja.

21. alhamdulillah saya gembira saya ada kawan kawan. awak semua kawan saya tak?? XD


antara kawan kawan. 

22. tak reti study group sbb mest end up dengan berbual. biasa lah dah jumpa kawan. study sorang sorang kalau tapaham  baru lari cari kawan nak tanya. tak reti ajar orang. tak ada bakat nak jadi cikgu. 

23. tatau nak cakap ape lagi.

24. menjadi blogger hanya untuk suka suka,

25. akhirnya saya dah buat tags nih.

dan nak tag pada sape? tag pada semua yang membaca. nampak sangat kemalasan nak tag orang lagi.

eeka din

3 comments:

amir smuff said...

thax kerana wat..bowling kat mid lane hujung sekali x best!..hohoho

eeka :) said...

bowling tu bukan kat mid. tuh kat summit, batu pahat. =='

amir smuff said...

ouh.serupa jerk kat mid. sya duduk klg pun belum bermain disana.hehe