Monday, May 30, 2011

a good book has no ending?

setelah puas bergolekguling kat rumah nih. sampai dah naek lembek dah tilam tilam kat rumah nih, sampai ayah dah naek penat dengar aku nih asyek berkata bosaan, sampai ibu dah tak mau layan saya dah. ini la akibatnya apabila kerajaan sangat mulia hatinya bagi cuti sampai 5 BULAN! 


kerja? bukannya tak nak tapi tapi tapi **cepat cepat alasan apa yang terbaek nak bagi** 
tapi parents tak izin. bukan ke kalau kite nak buat sesuatu adalah lebih afdhal kalau dapat keizinan ibu bapa? haha. ayah sangat tak bagi okay. ayah cakap nanti dah kerja susah. ada tanggungjawab. 
nampak tak betapa ayah melihat aku masih seperti kanak kanak kecil lagi? =.=
adik aku sorang tu plak cakap " kalau kau keje 5 bulan nih gila banyak duit kau boleh kumpul weh" 


-------
maka dengan itu, ayah bawak gi kedai buku suro beli buku cerita. TETAPI BELI NOVEL ENGLISH! lama aku bertapa depan rak buku tuh.. 
but then aku beli la buku sekali tiga yang tukang tulis tuh TONY PARSONS.


buku pertama yang di baca. buku nih sangat best. nampak tak komen dia yang warna merah tu? 
" I cried 5 times and LOL four"

okay. aku menangis la kan tapi melampau la sampai lima kali. aku cam just rasa sebak sebak sikit jek yang lima kali tuh. haha. tapi aku mcm tak ketawa sangat la kan. sebab aku rasa sampai part lawak tuh tangan kanan pegang novel nih, tangan kiri sebok pegang dictionary cari maksud. = ='

kenapa aku tak menangis sampai lima kali sebab aku rasa memang itu balasan kat laki tuh sebab kecurangan beliau. kalau dia dapat tahan nafsu serakah dia tuh, memang dia bahagia da.. tapi kang takde la pulak ceritanya kan. XD

but in the end aku rasa, laki tuh dapat tebus la kesalahan dia. tapi baca baca buku ni, dapat rasa aku mcm watak Gina. paham? tak kan? sila cari di kedai berdekatan dan baca.

and now, sedang bergelut nak abeskan dia punya sambungan cerita nih.


MEMBACA KAN AMALAN MULIA!
eeka din

No comments: